Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak
mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses
pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu
yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut.
Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan
jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.
Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan
kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari
memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda
yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi
membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan
kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan
juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada
pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan
makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun
cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk
memastikan kadar kesihatan anda terjamin.
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam
mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula
berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak
1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.
Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan
perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding
senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia
rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis
malahan memberikan tubuh badan yang sihat.
Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment