Thursday, 26 June 2014

resdung di awal pagi..??

ada rawatan tradisional yg buangkan resdung nie...ada dua cara... first yg guna asap tuh... selalunya dia org buat skali dgn facial... bakar lilin khas pastu asapkan kat muka nanti timbul lar hampas warna putih kat kulit muka kita pastu dibuang... tp rasanya ni mungkin sel kulit mati kot..pernah try tp takde kesan apa pun..cuma bg kulit bersih skit lar...
second cara lak yg masukkan ubat mcm herbs kot ke dlm rongga hidung pastu nanti hingus-hingus, berlendir etc semua akan mengalir keluar... kiranya mcm kasi cuci lar... x tau berkesan ke tak sbb x pernah buat lg yg nie...


Penyakit selesema dan resdung kadang-kadang amat mengganggu terutama bila simpton-simpton jangkitan baru nak mula. Untuk mengurangkan dan InsyaAllah menghilangkan penyakit ni.. korang ambil empat batang kulit kayu manis yang benar-benar kering, kemudian ambil periuk tumis buat kari...muhahaha...
hehe..sebenarnya ambil kulit kayu manis tu tumbuk dalam lesung tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk.
Lepas tu biar le sebatian tu kering..lepas tu lagi ambil secebis kain putih yang bersih dan benar2 putih...dan letakkan serbuk kulit kayu manis ditengah-tengahnya. Ikat seperti punjut sup....kemudian gosok-gosok kat tapak tangan korang...(kalau tapak tangan orang lain...tak pasal-pasal dapat penyakit lain plak) lepas tu hidulah.....berkali-kali (ini memang aku jamin kalau pakai hidung orang lain confirm tak lega penyakit)
Ok seperti biasa selamat mencuba,,, kalau dah tahu..sila komen kalau belum cuba dan kongsi dengan kengkawan....

kempiskan perut sebelum raya ??

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!

klinik cik lalaa.. Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)