Saturday 20 September 2014

NASI LEMAK KITA JAGI GEMUK ???


NASI LEMAK SEDAP !!!!!!



 





aaaaaa antara makanan yang paling menggemukkan adalah nasi lemak. aku percaya mesti ramai yang suka   makan nasi lemak untuk sarapan pagi termasuk juga aku . tapi tahukah anda hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat , lemak dan protein lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal , telur rebus, ikan bilis dan kekacang . hidangan yang lengkap lebih kurang antara 450-500 kalori yang terdapat di dalam hidangan nasi lemak . apatah lagi yang kadang2 makan 2 bungkus tuh dan di sesetengah tempat terdapat ayam goreng (240 kalori) dan sambal sotong (170 kalori) atau juga lauk yang lain . hahaa rasa2 menggemukkan tak kalau yang makan tiap hari ???????

KEBAIKAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Contoh buah-buahan dan sayur-sayuran yg boleh kita amalkan dalam diet seharian bagi mencegah kanser sebagaimana ygdisarankan oleh Canser Cure Foundation

  .

Avokado 
- Kaya dengan glutathione, antioksidan kuat yg menyerang radikal bebas dalam tubuh dengan menyekat penyerapan lemak tertentu oleh usus





.

Brokoli, kubis, dan bunga kubis 
- mempunyai komponen bahan kimia indole-3-carbinol yg boleh menentang kanser dengan menukar estrogen yg meransang kanser menjadi bahan yg lebih melindungi. Brokoli juga mengandungi phytochemicals glucoraphamin yg membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar dan dubur




.

Lobak merah 
- Mengandungi banyak beta kerotina yg boleh membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara

Wednesday 17 September 2014

KELAZATAN DAN KENIKMATAN ULAM


MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini.

Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.

Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.

Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.

Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.



Tuesday 16 September 2014

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
 
 1) Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

2)  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

3)  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.


kebaikan senaman pagi

Kebaikan Senaman 

 

  • Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
  • Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
  • Mempertingkatkan harga diri dan mengurangkan keresahan.
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.
  • Melambatkan osteoprosis.
  • Berpeluang bergaul dengan orang ramai.





       BERSENAMLAH ANDA UNTUK   :)